Gerald Lawson

Gerald Anderson "Jerry" Lawson (1 Disember 1940 – 9 April 2011)[1][2] merupakan seorang jurutera elektronik dari Amerika Syarikat, terutamanya yang terdahulu dalam kalangan bangsa berkulit hitam pada zamannya. Beliau dikenali paling utamanya atas sumbangan mencipta kartrij permainan video[3] sehingga turut diiktiraf sebagai seorang pelopor industri permainan video oleh Persatuan Pembangunan Permainan Antarabangsa.[4]